Permulaan Bagi Anda Yang Baru Nak Join Business Tupperware

 Tulisan / Cerita panjang lebar ini adalah untuk anda yang baru nak memulakan business Tupperware.

Paksu punya kesempatan nak menulis sedikit perkongsian yang paksu lihat dan alamai serta pemerhatian paksu kepada golongan yang berjaya dalam dunia ini dan juga sebaliknya. apakah faktor kejayaan mereka.

Sebelum paksu terus menulis, paksu mohon maaf diatas tulisan paksu ini jika anda rasa tersinggung dan terasa kerana paksu tidak bercerita tentang mana mana individu malah paksu hanya melihat konteks diri paksu sebagai agen jualan selama 1 tahun

Baik, paksu mulakan dengan 3 faktor kejayaan yang paksu lihat seseorang boleh berjaya. paksu juga melihat 3 faktor ini adalah faktor yang boleh diguna pakai kepada semua.

1. Tupperware Lover

- kecintaan yang hadir dengan ikhlas dan tulen akan membawa seseorang akan jatuh cinta dan setia bersama Tupperware. Tanpa alasan untuk beralih kepada produk lain malah abadi selamanya dengan produk ini. kecintaan itu akan membawa agen jualan atau usahawan tupperware akan senantiasa rasa sayang dan tak sabar untuk melihat koleksi terbaru. ia ibarat sebagai perhiasan diri yang terlalu berharga. apabila kecintaan itu lahir, maka perniagaan akan berlaku dengan begitu sempurna dan juga independent tanpa mengharap bantuan sesiapa. ia akan jadi seperti orang yang dahagakan ilmu untuk mendalami tentang Tupperware dan juga orang yang kehausan untuk berniaga dan menyebarkan manfaat. orang ini sudah menganggap Tupperware sebagai darah daging. sama seperti paksu yang melihat Tupperware sebagai sumber pendapatan yang telah mengubah kehidupan paksu kepada lebih sempurna.

2. Konsistensi / Istiqomah

- setiap dari kita dikurnakan sifat yang mana boleh berubah mengikut selang masa. paksu sendiri  adakalanya berubah sikap dan ada masanya rasa malas yang sangat degil untuk ditidurkan. lalu kemalasan yang membalut badan dan jiwa menjadikan kita lupa bahawa ia sudah membunuh masa yang penting dalam proses mencapai kejayaan. kita semakin pelahan untuk mendaki puncak lantas kita akan cepat berkeadaan putus asa. sikap sambil lewa ini akan meranapkan impian. namun, jika kita pegang kepada sebuah impian, kita akan nampak bahawa kejayaan itu akan semakin dekat. begitulah paksu melihat kejayaan itu semakin hampir dan konsistensi adalah ramuan kejayaan. apa yang kita buat harus secara berterusan dan kita akan menjadi pakar dalam apa yang kita lakukan.



3. Strategi dan inovasi

- ini adalah perkara paling penting dalam menjadi agen yang berjaya. strategi yang diguna pakai oleh orang yang berjaya adakalanya tidak boleh digunakan oleh orang lain kerana strategi itu ada formula tersendiri. sama seperti apa yang paksu gunakan. menggunakan strategi Syamputra Razali iaitu leader organisasi paksu dan paksu tak nampak keberkesanannya. namun, apabila kita menyuktik sedikit unsur inovasi kepada strategi itu mengikut konsep try and adjust, maka kita akan bertemu rentak dan akhirnya kita akan nampak jalan yang mudah dalam mengatur langkah. caranya adalah berguru dengan orang yang sudah nampak ia suksess dan berada dalam organisasi yang sudah berjaya. paksu beruntung menjadi sebahagian keluarga organisasi advanced sales yang sudah 10 kali champion sebagai TOP organisation dan mendapat nasihat terus dari Top leader. paksu sangat bertuah. jadi. apa yang paksu buat adalah membuat sedikit pemurniaan kepada strategi yang telah ada. lalu ia kebabommm meletop !!

Inilah 3 intipati yang paksu boleh nukilkan, jika ada kesilapan ejaan maafkan paksu. dan paksu doakan semua menjadi super leader yang hebat dalam perniagaan Tupperware yang mana paksu yakin produk dan syarikat yang kukuh serta mempunyai permintaan yang baik.

untuk anda yang mahu sertai Team Paksu, jom hubungi terus paksu atau agen Team Paksu diseluruh Malaysia.

Click sini ya--> www.wasap.my/60174353664/Team+Paksu

Yang menulis dengan rasa,

Syamsul Azdan

#PaksuTupperware

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Ahli Tupperware Bulan Disember 2020 Putrajaya

DAFTAR AHLI TUPPERWARE 2021